Kerjaya kelab Niko_Kovač

Kerjaya awal

Beliau dilahirkan di Berlin kepada keluarga beliau yang berpindah dari Livno di Bosnia dan Herzegovina, Kovač mula bermain bola sepak di kelab tempatan, Hertha Zehlendorf. Beliau berpindah ke Hertha BSC pada musim panas 1991 dan memulakan kerjaya profesionalnya di 2. Bundesliga.

Bayer Leverkusen

Pada musim panas 1996, Kovač meninggalkan Hertha dan sertai kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen. Beliau membuat debut Bundesliga pada 17 Ogos 1996 pada perlawanan pembukaan musim 1996–97, Leverkusen menang 4–2 ke atas Borussia Dortmund. Beliau bermain 32 perlawanan Bundesliga dalam musim pertamanya bersama Bayer Leverkusen dan menjaringkan tiga gol. Walau bagaimanapun, beliau terlepas banyak perlawanan pada musim keduanya di Leverkusen akibat mengalami kecederaan ketika menentang VfB Stuttgart. Dalam musim ketiganya di Bayer Leverkusen, Kovač membuat 77 kemunculan Bundesliga dan menjaringkan lapan gol. Beliau bermain di Leverkusen bersama-sama dengan adik beliau, Robert.

Hamburg

Kovač sertai Hamburger SV pada musim panas 1999 dan menghabiskan dua musim untuk kelab. Beliau telah membuat 55 penampilan Bundesliga dan menjaringkan 12 gol untuk Hamburg di Bundesliga. Pada musim panas 2001, beliau meninggalkan Hamburg untuk sertai Bayern Munich untuk bertemu sekali lagi dengan adiknya, Robert.

Bayern Munich

Kovač meninggalkan Bayern Munich untuk ke Hertha BSC selepas dua musim bersama kelab Bavaria itu pada tahun 2003. Beliau telah bermain 34 perlawanan Bundesliga dan menjaringkan tiga gol untuk Bayern di liga.

Hertha BSC

Kovač kemudian sertai Hertha BSC sekali lagi. Beliau membuat 75 penampilan Bundesliga untuk Hertha BSC dan menjaringkan lapan gol di liga.

Red Bull Salzburg

Selepas Piala Dunia FIFA 2006, Kovač meninggalkan Hertha BSC selepas tiga musim bersama kelab Jerman itu dan beliau ke kelab Austria, Red Bull Salzburg. Pada 26 Ogos 2006, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Red Bull Salzburg menentang Wacker Tirol, Red Bull Salzburg menang 4-0. Beliau menandatangani kontrak setahun lagi sehingga musim panas 2009 pada bulan Mei 2008. Pada 29 Mei 2009, Kovač meninggalkan Red Bull Salzburg selepas bersama kelab itu selama tiga musim dan kemudian beliau mengumumkan persaraan daripada bola sepak. Perlawanan terakhir beliau di Red Bull Salzburg ketika menentang FC Bayern Munich dalam perlawanan persahabatan, di mana beliau digantikan pada 15 minit pertama.